4

Teras dan objektif

Setiap gerak langkah Pertubuhan Kiswah Prihatin adalah berlandaskan empat teras dan objektif iaitu Motivasi dan Latihan Ummah, Program Kebajikan Ukhwah – Misi Bantuan Sosial, Program Kesihatan Lestari, Penambahbaikkan Infra dan Pembaharuan.

Motivasi dan Latihan Ummah

Teras pertama melibatkan program kesedaran dan memupuk jiwa berkasih sayang di antara individu serta tanggungjawab setiap individu terhadap tuntutan di dalam agama.

Antara program yang dijalankan termasuklah kursus pengurusan jenazah secara teori dan amali, ceramah sentuhan hati dan motivasi, dan menyantuni masyarakat setempat khususnya golongan belia di dalam ilmu pengurusan jenazah bersama pihak masjid dan NGO serta membekalkan kelengkapan pengurusan jenazah.

Program Kebajikan Ukhwah - Misi Bantuan Sosial

Teras kedua melibatkan misi bantuan sosial seperti menyediakan bekalan keperluan makanan (food pack), peralatan kesihatan, barangan asas isi rumah, perkhidmatan pembersihan di kawasan terjejas, sumbangan tunai bagi yang memerlukan, menyantuni masyarakat yang tidak berkemampuan (B40/Asnaf/Muallaf) dengan keperluan harian atau keperluan persekolahan dan perayaan.

Program Kesihatan Lestari

Teras ketiga fokus kepada kesihatan masyarakat di mana pertubuhan memupuk kesedaran tentang kepentingan kesihatan dan pemakanan melalui taklimat dan ceramah.

Antara program yang dijalankan termasuklah saringan kesihatan kepada masyarakat bersama badan kesihatan, menyantuni masyarakat asnaf dengan program Sunathon/Berkhitan bagi golongan kanak-kanak dan muallaf, serta membekalkan kit asas kesihatan bagi penjagaan kendiri.

Penambahbaikkan Infra dan Pembaharuan

Teras terakhir melibatkan bantuan dalam bentuk sumbangan dana atau penyediaan bekalan bagi penambahbaikkan dan pembaharuan fasiliti seperti surau, masjid, tandas, bekalan air bersih, serta lampu solar di kawasan pedalaman yang tidak mendapat akses elektrik.

Ikuti perkembangan misi dan program Pertubuhan Kiswah Prihatin di laman social di bawah.

Social Media

Pertubuhan Kiswah Prihatin (PPM-007-10-09102023)

Copyright © Pertubuhan Kiswah Prihatin 2024. All rights reserved.