Program dan Misi terkini

Kemaskini setiap program dan misi yang dijalankan pertubuhan akan dilampirkan di laman ini. Setiap sen sumbangan anda akan kami sampaikan dengan telus dan amanah.

Titipan Cahaya Semporna 1.0

Titipan Cahaya Semporna 1.0 telah membawa lebih kurang 40 orang sukarelawan dari pelbagai NGO dan rakan kerjasama untuk memberikan sumbangan dalam bentuk pek makanan, berkhatan percuma, rawatan gigi, pemeriksaan kesihatan, penyerahan kit pengurusan jenazah, ceramah motivasi, ceramah keselamatan jalan raya, penyerahan mesin air bersih, kursus pengurusan jenazah, dan beberapa sumbangan lain di SK Terusan Tengah, Pulau Bum-Bum, Semporna. 

Program Outreach Korektif Bersama Penjara Sungai Buloh

Program ini dirasmikan oleh YDH. TKP. Abd Rauf bin Lang Pasih, Timbalan Pengarah Bahagian Korektik, Ibu Pejabat Penjara Malaysia. Turut hadir memeriahkan program adalah YM. TKP Raja Nazril Azman bin Raja Azam Iskandar, Pengarah Penjara Sungai Buloh. 

Program ini juga melibatkan forum “Rahsia Hijrah Insani”, penyampaian sijil & penyerahan sumbangan. Semoga usaha ini terus jadi jambatan kerjasama & membuka ruang hijrah baru buat prospek ke arah masa depan lebih baik.

Program Jom Cuci Masjid, Kg Batangan, Marang.

Di Program Jom Cuci Masjid telah berjaya dilaksanakan di Masjid Kampung Batangan, Marang, Terengganu dengan suasana penuh meriah. Antara aktiviti program termasuk mencuci dan membersihkan kawasan masjid, sesi tazkirah ilmiah yang amat menyentuh hati oleh Ustaz Ejam dan Ustaz Hanafiah.

Kiswah Care juga berkesempatan untuk bersama-sama dalam program ini dan telah menyampaikan kit pengurusan jenazah kepada Masjid Kampung Batangan.

Sumbangan Pek Makanan Untuk Asnaf Semporna

Seramai 50 orang anak-anak asnaf dari SK Sisipan, Semporna telah menerima bantuan pek makanan hasil program sumbangan yang dijalankan bagi meringankan beban keluarga nelayan berpendapatan rendah serta membawa kegembiraan di penghujung Ramadan

Ikuti perkembangan misi dan program Pertubuhan Kiswah Prihatin di laman social di bawah.

Social Media

Pertubuhan Kiswah Prihatin (PPM-007-10-09102023)

Copyright © Pertubuhan Kiswah Prihatin 2024. All rights reserved.